Senin, 08 April 2013

CARA MENJADI ISTERI IDAMAN SUAMI

15 Cara menjadi isteri idaman suami

 Ilmu ini sangat berguna bagi calon isteri mapun yang sudah menjadi seorang isteri.
 
nikah 
Wanita yang hebat adalah wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan utk menjadi seorang istri tapi juga sebagai teman dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.
Sesungguhnya dibalik kesuksesan seorang lelaki, berdiri di belakangnya seorang istri yang hebat dan suksesnya seorang anak, berdiri di belakangnya  seorg ibu yang hebat. Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki ialah:
  1. Mentaati Allah S.W.T dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap begini, seorang isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di hadapan, bahkan juga ketika dibelakang suami.
  3. Berdiam diri ketika suami sedang berbicara,  berbicara setelah suami selesai berbicara. Kalau pun tak mampu menyelesaikan kekusutan yang dihadapi suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar yg setia.
  4. Sentiasa bersikap hormat pada suami. Menghantar suami ke depan pintu ketika suami berangkat kerja dan menyambutnya  ketika suami pulang kerja.
  5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jgn sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya kerana itu, bagi wanita yg memilih utk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijaksana membagi waktu. Ingatlah, apabila ada rasa ikhlas, segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membagi waktu, maka segalanya menjadi mudah.
  6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya, ketika suami sedang marah, berduka, kecewa, gembira, cemas dan ketika dia ingin sendirian. Sikap seperti ini, mungkin sangat sukar untuk diceritakannya, oleh karena itu sebagai seorang isteri jangan mudah merasa akan perubahan pada diri suami tersebut.
  7. Pada dasarnya lelaki hanya mampu memberikan tumpuan pada satu permasalahan dalam satu waktu, maka  janganlah sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja . Sesungguhnya perbuatan itu bukan saja akan membuat anda kecewa krn tak mendapat perhatiannya, tapi bisa jadi menimbulkan kemarahan suami.
  8. Memakai wangi-wangian dan pakaian sentiasa berhias ketika bersama suami. Ingat, ketika diluar rumah, suami sentiasa berhadapan dgn wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dgn isteri yg hanya berkain batik dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau yg kurang menyenangkan. 
  9. Jaga mulut dari bau-bau yg kurang menyenangkan. Cthnya, ketika makan petai, jengkol dan durian. Jika makan bersama suami. Apa lagi bagi mereka yg menghadapi masalah mulut berbau kerana kerosakan gigi. Segera bertindak walaupun baru sekali suami menegur.
  10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika suami tidak ada. Wanita bekerja cthnya, jagalah tingkah laku.
  11. Bersyukur diatas apa yg disediakan dan diberikan suami. Jgn suka meminta-minta, apa lagi jika ia diluar kemampuan suami. dan jgn sesekali membanding-bandingkan kelebihan yg dimiliki oleh org lain dgn apa yg anda miliki.
  12. Dlm hal apapun, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pembangkit semangat ketika suami dalam kesuksesan.
  13. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Begitu juga bagi wanita yg bekerja. Bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana dan ke mari.
  14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya, senyuman adalah sebesar-besar penawar walau dlm apa juga situasi. Cthnya, ketika hati suami sedang galau, segera menjadi penenang, apabila melihat senyuman isteri dan ketika dia sedang marah, segera api kemarahan itu padam hanya dgn senyuman isteri.
  15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayani keluarga suami sama spt keluarganya sendiri. Jgn sesekali membeda-bedakan antara keluarga suami dgn kluarga sndiri. Bahkan sikap mengutamakan keluarga mentua akan membuatkan kasih sayang suami semakin bertambah.
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud; “Sebaik-baik kalian adalah orang yg baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yg paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali org yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar