Senin, 08 April 2013

RAHASIA AMALAN WANITA SOLEHAH



RAHASIA AMALAN WANITA SOLEHAH


1.    Mendirikan shalat
      Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan atasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2.    Menjaga shlatnya
     Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyu', menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3.    Bersyukur dan redha
       Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpa ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

 4.    Selalu bersedekah
        Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5.    Menjaga maruah diri
       Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga marwahnya dengan menutup aurat dengan benar, memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perbuatan yang mendorongnya  melakukan perbuatan maksiat dan perbuatan keji.

6.    Takut murka Allah
       Wanita solehah sentiasa patuh dan taat kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya.

7.    Menjaga amanah.
       Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan  atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8.    Mampu mengkaji makna Al-Quran
       Wanita solehah  mendirikan shalat, menjaga shalatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, haruslah senantiasa mengkaji makna Al-qor'an dan senantiasa menjadikan Quran itu sebagai petunjuk.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar