Senin, 08 April 2013

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni’matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1.  Taat kepada Allah dan RasulNya
  • Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
  •  Wajib menutup aurat
  • Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
  • Berbuat baik kepada dua ibu bapa
  • Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
  • Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami
  •  Memelihara kewajipan terhadap suami
  • Sentiasa menyenangkan suami
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
  • Tidak cemberut di hadapan suami.
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
  • Tidak keluar tanpa izin suami.
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
  • Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahwa faktor yang merendahkan martabat wanita  datangnya dari faktor intern. Bukanlah faktor ekstern yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemborkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1.   Lupa mengingati Allah
     Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidaklah mengherankan jika banyak wanita yang tidak menyadari bahwa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Artinya: ” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. “
Sabda Rasulullah s.a.w.: Artinya: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)


2.    Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan kemewahannnya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja itu, syaitan dengan mudah memperalatdirinya untuk menarik kaum lelaki agar bersama bergelimang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni’matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: Artinya:” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar